Wednesday, July 25, 2012

Kegemilangan Cinta Kita

Kau menatap mataku penuh makna
Seakan mendalami isi jiwa
Senyuman kau penuh erti
Gembira kerana dapat berada di sisi

Bibirku mula mengeluarkan kata-kata
bahawa hanya kau yang aku cinta
Namun masih tidak kau percayai
Kau kata aku hanya berteka-teki

Mataku mula berkaca-kaca
Mana mungkin aku berdusta
Kata-kataku lahir dari hati
dan cintamu yang aku cari

Hujan di luar seakan memahami isi hatiku
pedih hati, terasa pilu
kerana isi hati dianggap jenaka
Keikhlasan cinta telah dipersenda

Ku tersentak dalam kesedihan
Bila terasa kehangatan di tangan
Kerongkong tiba-tiba tersekat
Tika kau memegangku erat

Katamu cinta itu ada dalam naluri
Harus digenggam erat dalam hati
Sebagaimana eratnya kau memegangku
Tidak perlu semua diberitahu

Kau kata bukti cinta lahir dari kelakuan
Sepertimana telah kau lakukan
Dan bukan hanya pada bibit-bibit kata manis
yang akan sendirinya, terhakis

Lantas kau hulurkan bahumu
Terasa empuknya sandaran itu
Hanya satu yang inginku ucapkan
Kau telah cipta seribu kenangan

Percayalah hanya kau yang aku sayang
Terbukalah lembaran cinta gemilang

No comments: