Wednesday, November 17, 2010

Nyawa- Nurul Arini

Nyawa


Gelap air,sejuk mencengkam
Menusuk kulit,aku mengigil
Senyap berdengung,aku pekak
Melemaskan diri,aku mengelak
Pandangan kabur,air bergelodak

Tertutup mataku,buta pandangan
Gunanya apa mata,baiknya nampak
Butanya aku.Buta si pekak
Ruang bernafas,hentikan.
Lafaz terakhir,air menggengam
Luahan akhir,tiada lafaz
Ternyata lemas,hilang malam.

ditulis: Nurul Arini

Balasan untuk sajak Nyawa

tersekat nyawa, jasad merana
tersentak jiwa, aku kepedihan

hati sungguh cedera parah
bibir terkunci, kesunyian.


diulit badai, sungguh kecewa
harapan terhempas, berkecai semua
siapa mampu berkongsi rasa,
akhir luahan, lafaz tiada.

titisan darah terus mencurah,
curahan yang tiada hentinya,
kesakitan semakin terasa,
akhirulkalam, aku berserah.


erdiah samad (:

Monday, November 15, 2010

Air dicincang tidak akan putus.
Namun, jika pembekuan terjadi,
segalanya akan berkecai dengan hanya satu hentakan yang kuat.
kerana kadang-kala bila terlalu mahu memasti, orang jadi semakin ragu, terlalu berbicara dan banyak menganalisa, orang jadi semakin tidak tahu..


-yang pasti..
Dewan Sastera Jun 1982 <3