Monday, November 30, 2009

Fajar Menyingsing- Nurpertunjuk

Malam kelam



Di dalam malam yang kelam,
terkenangku kepada cinta semalam.
Ikatan terjalin, janji disulam,
terbukti harapan semakin mendalam.
Namun, memang lumrah alam,
janji terlerai, perasaan ditikam.
Mulut berbicara kata manis,
hati di dalam tersenyum sinis.
Semua impian terus terhakis,
bila jiwa terus digilis.
Kini hidup tampak berbeza,
tidak lagi diulit luka.
Tanpa engkau, si pendusta,
aku riang, aku gembira.
Tidak lagi diperguna,
demi merangkul kebaikan sahaja.
Di sini, tegak berdiri,
menuju destinasi impian tinggi.
Paparan bernilainya harga diri,
bukan diletakkan di kaki.
Aku sungguh tidak peduli,
jika aku disalahkan lagi.
Kealpaan yang telah terjadi,
sebabkan mereka menuding jari.