Tuesday, June 17, 2008

persimpangan kasih dan cinta

persimpangan kasih dan cinta
sudah tiba masanya
untuk aku mulakan kata-kata
dan bersedia untuk bertanya
apa yang terjalin antara kita

selama ini aku sering meneka
di laluan makah kita berdua
mungkinkah cinta yang kita rasa
atau sekadar memenuhi kekosongan jiwa

keyakinanku kau genggam erat
kewibawaanku kau ambil berat
kedukaanku kau sekat
kepercayaanku kau pegang ketat

bibir menyebut kata-kata manis
senyum diukir menusuk kalbu
namun kau tersenyum sinis
pabila ku kata hanya kau di hatiku

keegoaanmu cuba aku takluki
kaca-kaca malumu telah ku pecahi
perhatianmu sudahku nodai
tanya dirimu,telahkah kau digodai?

kini terjawab segalanya
kerna kita masih lagi bersama
di persimpangan kasih dan cinta
tidak tahu handak ke mana

kau masih lagi mendakapku
aku juga bergantung di bahumu
panas airmatamu terasa di leherku
dan aku hanya menggengam duri sembilu

jangan lepaskan dakapan itu
kerana aku sudah merasa sesuatu
sesuatu yang akan berlaku
yang mampu melukai hatiku