Tuesday, October 30, 2007

Warkah Bumi Untuk Neraka Tentang Manusia


Bagai kacang lupakan kulit
Tidak menghargai akan apa yang biberi
Sebaliknya, menyimbah keganasan
Dirimu tidak putus asa untuk menhapuskan diriku
hatiku kau henyak
Mukaku kau sepak
Tubuhku kau hentak
Jiwaku merintih kesedihan
Tidak mampu mengambil tindakan
Kerana menjalani tugasan
Yang diberi Pencipta Insan
Kau kotorkan aku dengan limpahan darah
Kau menjijikkan aku dengan maksiat
Kau selebungiku dengan fitnaan
Menjadikan umpatan sebagai makanan
Manusia
Aku merayu
Agar kau kembali pada jalan yang benar
Menggapai semula kedamaian
Mencari semula kesucian
Dan aku dambakan kepastian
Kepastian menanti tika kau akan berpaling
Kerana aku, Dunia
Hanya menjalankan perintah
Mengadaikan tubuhku untuk kau berteduh
Namun aku pasrah serta terfikir
Adakah Neraka sebesar Aku?
Untuk menampung semua kamu, kamu bersekutu
Aku enggan Neraka merana sepertiku
Dijijik, dihina, diabaikan olehmu, Manusia
<3erdiah

Thursday, September 27, 2007

Cinta



paparan wajahmu di tasik jiwa
bisikan namamu tersisip antara angin rindu
gambaran wajahmu di sudut hatiku
senyumanmu membawaku ke pintu fantasi

cinta
kau hadir tanpaku sedari
kau akan pergi tanpaku halangi
kerna kau bukan cinta hakiki
hanya ingin melarikanku dari realiti

cinta
aku enggan mengibaratkanmu sebagai duri dalam daging
yang menyusahkanku untuk melalui kehidupan
kerna aku alpa akan keceriaan yang kau bawa
keyakinanku terhadapmu tidak kukuh
kerna aku masih tidak mengerti cinta sejati
cinta sejati
andai kau hadir dan menunjukkan diri
akan aku hukurkan tangan dan menggapai
supaya kau tidak lari dari sisi
dan sentiasa berada di hati

cinta sejati
pastikan dirimu datang pada masa yang sesuai
tika beban lain sudah bersurai
supaya bibit cinta dapat dituai
akanku memerah keringat supaya kau dapat ku semai

260907

Monday, September 24, 2007

Apa Disebaliknya?

Apakah maknanya
Kehidupan tanpa jiwa
Merasai segala kenikmatan
Melalui pelbagai kedukaan
Merangkul setiap kejayaan
Mungkinkah kehidupan berakhir tanpa jiwa?

Apakah ertinya
Lagu tanpa irama
Alunan yang menggerakkan kata-kata
Yang bisa membawa manusia ke illusi
Ke alam fantasi hingga enggan kembali ke realiti
Mana mungkin lagu akan tercipta tanpa irama?
Bisakah engkau membuktikannya?

Apakah maksudnya
Apabila aur dicipta tanpa tebingnya
Hidup menjadi terumbang-ambing
Tidak bisa meneruskannya
Kehidupan tanpa pendamping

Apakah maknanya
Rumah tanpa tiang
Tidak mampu didirikan
Runtuh sebelum berdiri
Tidak mungkin dapat ku buktikan
Walau setajam mana akal fikiran

Di manakah jiwa?
Ke manakah irama?
Hilang arahkah tebing?
Atau mungkin tiang dihanyut gelora jiwa?
Dan dibuai alunan irama
Hingga terdampar tanpa ku tahu di mana.


210907

Saturday, September 15, 2007

Malam


Malam
Pabila sang rembulan menjelma
Kerdipan bintang mula tiba
Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa

Malam
Kala fantasi menemui realiti
Bukanya pintu mimpi
Dibuai insan hingga ke pagi

Malam
Aku pasrah akan kehadiranmu
Di saat kau tiba
Aku mula gelisah
Memikirkan apa yang menantiku esok hari
Memikirkan keindahan atau kecelakaan

Malam
Aku gusar menanti kepastian
Adakah mungkin mimpi mejadi kenyataan
Atau mungkin hanya khayalan

Malam
Jangan kau membisu
Hatiku diguris duri sembilu
Enggan aku betindak melulur

Monday, August 06, 2007

Merdeka

Merdeka
Kini kita memerintah
Tiada lagi kata-kata dusta
Dari mulut si penjajah

Merdeka
Kesusahan ditanggung sendiri
Kenikmatan dirasai kini
Bila penjajah tiada lagi

Merdeka
Kebebasan sudah lama diidamkan
Dari kampung hingga ke pekan
Semua mengukir senyuman

Merdeka
Masa depan di tangan kita
Menjadi tanggung jawab bersama
Membentuk generasi bijak, diutama

Thursday, June 28, 2007

menyimpan dendam di dalam hati itu ibarat musibah disengat seekor lebah hingga mati.
-sir william turner walton

Saturday, June 23, 2007

wahai bintang


wahai bintang
kerdipanmu menusuk kalbu
memberi sinaran di malam syahdu
keindahan hingga lidah terkelu

wahai bintang
mengapa kau tiada lagi di situ
ku membawa harapan, jumlahnya seribu
ingin ku tatap wajahmu

wahai bintang
adakah mungkin harapan lagi
untuk kau berada di sisi
memapah segala isi hati

wahai bintang
jangan kau bersisih denganku
aku sedang mencarimu
bersama hati yang pilu

wahai bintang
titisan embun rindu menitik di jiwa
luka hati kini berdarah
mencarimu hingga merana

wahai bintang
kasih merintih pedih, sedih
ternyata keindahan tidak lagi hadir
ketulan harapan telah cair

puisi ini dikarang dalam masa 5 minit pada perkhemahan sastera yang saya hadiri beberapa hari yang lepas. kata-kata kekunci diberi dan kami harus menyambung semua kata-kata kekunci hingga menjadi sebuah puisi. puisi ini dinobat sebagai 20 puisi terbaik dari kalangan puisi-puisi antara maktab innova dan sekolah saya (:

langit mengukir senyuman
dipenuhi dengan bintang bintang yang menari kesukaan
suara azan memecah keheningan
kelihatan orang tua mengamati
sepasang kekasih meniti alam cinta
bulan purnama menjadi saksi
bau bunga harum lambang sejati.

Monday, June 18, 2007

Hilang


Jalan tanpa laluan
Terbang tanpa arah
Langkah tidak teratur
Tujuan entah ke mana
Belayar tanpa nakhoda
Selamatkanku dari kelemasan
Lemas dalam lautan kehidupan
Singkirkan aku dari kegelisahan
Gelisah memikirkan masa depan
Beri aku ruang bernafas
Ruang tidak dibatas
Agar aku bisa lihat
Pintu cahaya nan luasKejayaan akan menungguku
Memerah keringat usaha
Namun jangan berputus asa
Kerna impian akan menjadi nyata
-insyallah





Tuesday, April 17, 2007

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang terjadi
Sendu mengiringi perpisahan
Ruang nan luas diri bergerak bebas

Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri
Sebuah cinta dan harapan

Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu
Mengapakah terus mengharap menanti

Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali
Pemergianmu mengisi kekosongan

Biarpun dikau masih kuperlukan
Kini kita terasing luka


-pinkinzie

Saturday, March 31, 2007

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

Wednesday, March 21, 2007

Hati ku menangis sepi
Meratapi kesunyiaan hati
Tanpa ku sedari hati ini
Ingin memiliki kebahagian diri
Tetapi kenapa harus engkau melukai
Melukai hati yang sudah mula mengerti
Mengerti kehadiran dirmu dengan cinta suci.



Kenapa harus engkau menyakiti diriku
Dengan meragui cinta suciku
Engkau membelengukan diriku
Dengan butiran bicaramu
Yang memilukan perasaanku
Dan merentap tangkai hatiku
Tanpa belas dan simpati darimu



Ingin ku berlari jauh dari mu
Tapi berat untuk diri ini berlalu
Membiarkan bunga cinta terkulai layu
Tanpa dibelai bisikan rindu
Tanpa disirami cahaya cinta yang satu



Justeru itu, biar lah hati terguris luka
Biar lah hati merana dan lara
Dengan kesetiaan yang mula bertahta
Semoga cinta yang kelam akan bersinar semula



Si Kupu-Kupu Cinta

Tuesday, March 20, 2007

Senggengam ilham diminda
Dikaryakan dipaparkan
...Atas tanah merah jingga...

Dilamun asmara sedalam samudera
Rindu tersimpul mati di lubuk jiwa
Tatkala terhurai untaian kata cinta
Masihkah teguhnya ikatan setia

Hatta tandus segumpal kasihnya jua
Nyaring sunyi menjerit menusuk jiwa
Enggan diikat sayapnya,meronta-ronta
Manisnya madu lain empunya...

Sang mentari bersilih ganti purnama
Firasat berpaling.naluri bercanggah
Jelamalah niat bertalu putus tengakara
Namun hari esok pilihannya...
...................................................................

Belit-belit kata-kata
Nak cuba selit cerita
nak pecah rahsia
Namun lidah tak berdaya

Kusut akal naik buntu
Makin hari makin celaru
Nak huraikan satu-satu
Tapi hati tak menetu

Sedar tidak masa berlalu
Terlintas pula pasal nafsu
Turut rasa hati dulu
Yang lain boleh ditunggu

Tangguh masa putus tali boleh putus lain hari
Esok lusa ada lagi
Sekarang lihat apa jadi?

Tembelang retak seribu
Kejung lidah jasad terpaku
kata jadi tak menentu
Hilang kasih satu-satu
..............................................................
Asmaradana....
Tersepit antara yang di sini dan yang disana
Antara si teman bicara
Dan cinta pandang pertama

Lalu tercetus niat mulia di jiwa
Ingin memecah rahsia disebalik cerita
Namun buntu mula mengukir di minda
Lidah kelat tidak bermaya

Tidak sedar masa berputar
Niat yang mulia perlahan dilupa
Tidak segan-silu nak buat angkara
Nafsu pula yang hendak dibela

Malangnya masa mula menyanggah
Lambat-laun rahsia terbongkar jua
Dan belit kata sudah tidak berguna
Apatah lagi dengan titis air mata

Sudah tidak lagi diendah
Hilanglah teman bicara
Dan juga cinta pandang pertama

Pengajarannya...
Jika hati sudah mula berkata
Turutilah ia dengan segera
Usahlah menangguh-nangguh masa
Kelak nanti sendiri yang merana....

Meniti teliti putaran masa silam
Dek jangan terulang kisah langkah semalam
Leraikanlah simpulan,usahlah berdiam
Pecah tembelang,hanyut dalam kelam

"Menangguh"dihapus,hilang rasa seram
Usah berdaleh,tidak 'kan menjadi hitam
Senggengam ilham diminda kita
Dikaryakan dan dipaparkan....
Hari ini kita lurusi segala
Klau berdleh,timbul sesalam

hasil karya,
pendaya misteri <33

Friday, March 16, 2007

sahabat.yang.hilang

Memang benar kata orang, selepas kita kehilangan sesuatu, barulah kita tahu betapa berharganya benda itu.

Pernah kah kau fikir betapa tergurisnya hati ini
Bila sahabat yang dikatakan sejati membiarkan diri ini menyepi
Diri bagai dibuang ke tepi

Persefahaman tidak pernah wujud antara kita.
Walaupun cita-cita sama-sama dibina
Kenangan manis tidak dapat menandingi kenangan pahit bersama
Persahabatan pun terlerai begitu sahaja

Mengapa penyesalan hanya datang sekarang?
Mengapa tidak menyejukkan hatiku dahulu ketika aku berang?
Luka hati telah lama bersarang.
Atau penyesalan terjadi kerana kau sedar aku lah sahabatmu seorang?

Namun tidak lagi aku berdendam kawan.
Kerana aku yakin, itulah kenyataan :)
Akan aku bawa kenangan-kenangan
Mengharungi liku-liku hidup di hadapan.


Yakinkan dirimu yang aku tidak membenci mu
Sebaliknya aku bersyukur mendapat kawan seperti diri mu
Murah hati, baik and sering membantu
Di kala aku menghadapi jalan buntu.

Atiqa, terima kasih atas segalanya
Akan ku kenang dirimu walau sekerdil mana

Dan jangan kau khuatiri kawan ku
Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mu
Berpaling lah pada ku bila kau temu jalan buntu
Aku akan cuba sedaya upaya membantu

Carilah pengganti erdiah
Sebagai teman sejati mengharungi hidup di alam fana
Aku bukan untuk mu

Persefaham tidak akan lagi wujud antara kau dan aku.

Thursday, March 01, 2007

Bila diri di selubungi sepi
Siapa mungkin hadir di sisi
Mendengar luahan isi hati
Mana mungkin senyuman dapat diberi

Wednesday, February 28, 2007

Cuitan hati dicipta sebagai ruang bagi saya meluahkan isi hati dan mempertengahkan karya-karya saya atau orang lain dalam bahasa melayu. Luangkan masa anda memberi komen supaya dapat saya mempertingkatkan lagi penguasaan saya dalam bahasa melayu.