Wednesday, July 25, 2012

Hidupku di Kampung

Bintang-bintang berkerdipan
Si umang-umang terus berterbangan
Lampu pelita kini dinyalakan
Halaman rumah terang-terangan

Lelah seharian memang terasa
Selepas seharian melakukan kerja
Untuk menambah nafkah keluarga
Kepuasannya memang teruja

Beduk sudah mula berbunyi
Selimut dilipat, diletak ke tepi
Tiba masanya untuk hadiri
Di hadapan Sang Pencipta, Maha Illahi

Wira Pengawal Hati

Ibarat isi dengan kuku
Rapatnya kau dan aku
Bersama di masa riang dan pilu
Terus berkongsi serta mengadu

Enggan aku sangkal lagi
Aku telah mencintai
Jejaka yang dulu tidak pernah dikenali
Menjadi wira pengawal hati

Rasanya, tidak perlu diitlakan
Tentang derasnya ombak percintaan
Kerana hadirnya perasaan keistimewaan
Hanya diketahui kita dan Tuhan

Aku, Insan Kerdil

Terdampar aku di titian itu
Meratap kesedihan yang sungguh pilu
Walau bebannya hanya satu
Namun, duri sembilu, jumlahnya seribu

Airmata terus jatuh ke riba
Memikirkan kepedihan membungkam di jiwa
Pernafasan tersekat seketika
Kerana bukan mudah menelan segalanya

Aku hanya insan kerdil di bumi Tuhan
Mengharapkan kehidupan yang penuh ketenangan
Mendambakan ketabahan mengharungi dugaan

Tutup Lembaran Itu

Tamat sudah kisah kita
Tertutup sudah lembaran cinta
Hakiskan segala rasa yang ada
Kerana takdir menentukan segalanya

Maafkanku harus pergi
Meninggalkan segala isi hati
Sungguh tak sanggup lagi
Meniti perjalanan yang sepi

Bulan, katakan dia bukan untukku
Bintang, itlakan dia bukan satu dalam seribu
Mentari, yakinkan dia takkan lagi ku buru
Langit, kentalkan semangat diriku

Gugur sudah dedaun-daunan
Yang telah mengukir seribu kenangan
Layu sudah bunga-bunga
Yang menyimpan saat kita bersama

060708

Pasrah

Kering sudah kolam tangisan
Walau kesedihan masih kelihatan
Minda kata biarkan keadaan
Namun hati mencari jawapan

Begitu pantas cinta berlalu
Bibir terkunci jiwa membeku
Silap apa telah berlaku
Katakanlah bukan silapku

Tirai kenangan masih terbentang
Suaramu kedengaran lantang
Jari-jarimu masih dipegang
Senyumanmu belum lagi hilang

050608

Pudar

Nafas tersendat
Minda tersekat
Di jiwa yang tersumbat
Air mata dikesat
Pabila terlihat
Kasih digugat
Diam tanpa akibat
Perangai sungguh meluat
Jangan sampai terlambat
Untuk mengembalikan hikmat
Kerana kini sudah penat
Kian pudar cinta tersemat
Hapuskan tiap saat
di mana kau sungguh taat
Hadir di sisi sepantas kilat
Bijak sekali menyusun ayat
Jangan, jangan terlambat
Takut tak sempat
 Kerana aku sudah penat
Dan kini, sahsiahku kuat.

Pergi

Jiwaku memberontak
Langkah diorak
Sekering Kerak
Naluri tersentak

Aku pergi
membawa diri
tak tahan lagi
di persimpangan ini

Sungguh tak heran
terkusut fikiran
mencari huraian
tentang kenyataan

Jangan sekali simpati
pujuk rayu wira hati
egoku tegak kini
perpisahan akan terjadi

Ilusi jadi mimpi
Impian membawa diri
Khayalan terus pergi
Bahagia hilang lagi

Putuskan ikatan
leraikan pelukan
musnahkan percintaan
lepaskan pegangan
NUS-SMU PENTAS BUDAYA 2012
PEMENTASAN DUA HALA

Sembilu

Jiwaku ditusuk duri sembilu
Hati dipenuhi gigitan kerisauan
Apakah benar sangkaanku?
Atau hanya sekadar mainan fikiran?

Jangan seksa diri ini
Dengan perilaku penuh dusta
Memang tak sanggup aku percayai
Kenyataan payah diterima

Titisan airmata telah kering
Sedu-sedan kian menyepi
Otakku penih rungsing
Memikirkan sebab kau melukai

Bukti ada di genggaman
Tapi payah aku luahkan
Kerana aku ingin lari dari kenyataan
Kenyataan yang sungguh pahit ditelan

Kegemilangan Cinta Kita

Kau menatap mataku penuh makna
Seakan mendalami isi jiwa
Senyuman kau penuh erti
Gembira kerana dapat berada di sisi

Bibirku mula mengeluarkan kata-kata
bahawa hanya kau yang aku cinta
Namun masih tidak kau percayai
Kau kata aku hanya berteka-teki

Mataku mula berkaca-kaca
Mana mungkin aku berdusta
Kata-kataku lahir dari hati
dan cintamu yang aku cari

Hujan di luar seakan memahami isi hatiku
pedih hati, terasa pilu
kerana isi hati dianggap jenaka
Keikhlasan cinta telah dipersenda

Ku tersentak dalam kesedihan
Bila terasa kehangatan di tangan
Kerongkong tiba-tiba tersekat
Tika kau memegangku erat

Katamu cinta itu ada dalam naluri
Harus digenggam erat dalam hati
Sebagaimana eratnya kau memegangku
Tidak perlu semua diberitahu

Kau kata bukti cinta lahir dari kelakuan
Sepertimana telah kau lakukan
Dan bukan hanya pada bibit-bibit kata manis
yang akan sendirinya, terhakis

Lantas kau hulurkan bahumu
Terasa empuknya sandaran itu
Hanya satu yang inginku ucapkan
Kau telah cipta seribu kenangan

Percayalah hanya kau yang aku sayang
Terbukalah lembaran cinta gemilang

Monolog

Tanya pada bintang
Kenapa malam kelihatan suram
Seakan tidak lagi sinaran
Walau bintang bertaburan

030608

Sambutlah Perpisahan

Air mata mula mencurah
Bila cintamu kian berubah
Mungkin benar kata mereka
Kau tak pernah hargai segalanya

Angin kasih menukar hala
Ombak cinta hilang arah
Sayangmu tidak lagi tercipta
Kemesraan tidak lagi bersama

Katakan padaku, apa yang terjadi?
Mungkinkah salahnya dari diri ini?
Ataupun hanya ingin membukti
diri ini tidak pernah kau hargai

Penyesalan tak pernah terasa
kerana kau merubah segalanya
Cinta di hatiku kian utuh
Kecekalan diri tak akan lagi runtuh

Perpisahan akan berlaku
Namun tak akan aku merayu
Kerana itu pilihanmu
Untuk mencintaiku sampai di situ

Lepaskan tangan dengan rela
Sesalan jangan sekali kau kata
Dan tinggalkan aku di simpang ini
Di mana jalan sepi sedang menanti lagi

Angin bayu masih tersisip namamu
Ombak cinta masih memapar wajahmu
Kerna hati ini telah diukir namamu
Silapku terlalu mencintai dirimu

Cinta segera

Jantung berdegup sepantas keretapi
darah berderau hingga ke pipi
pabila bayangmu hadir di sisi
dunia realiti seakan mimpi

Adakah ini cinta hakiki?
Atau hanya mainan hati?
Kerana dirimu tak ku kenali
Pandangan pertama, menawan diri

Senyuman ikhlas pengapit diri
kebijaksanaan tak disangkal lagi
Tingkah laku sering diawasi
Latas menjadi penyeri diri

Tunggu sekejap
Jangan terus melangkah jalan
Lambaian terakhir menjadi kenangan

291107

Si pendamping hati

Kehadiran tidak disangka
Seakan memenuhi jiwa
Tika hati merasa gelisah
Kau datang menyelesaikan masalah

Kau datang ke mari
Pabila aku diselubungi sepi
Dapatkah kau baca kata hati
Lantas, kau hadir di sisi?

Aku butuh kehadiranmu
Aku mengharapkan pertolonganmu
Aku gemar kata manismu
dan engkau menyakinkan diriku

Jangan kau pergi
meninggalkan diri ini
Dengarlah dengan teliti
kerana engkau, aku berdiri

281107

Syurah Cinta Kita

Soalan berlonjak dalam hati
Kata putus dinanti si jiwa
Fikiran berkocak menunggu kepastian
Adakah itu dia?
Yang dikatakan cinta sejati.

Bibir mengukir senyuman
Namun hati dikunci seribu pertanyaan
Air mata jela mengalir pedih
Walau keseronokan sarih terpancar
Kemesraan diitla semua
Tidak disangkal nyatanya sayangmu

Susunan kalimatmu menejelagakan semangat
Tawamu menimbulkan kegirangan
Senyumanmu akan ku jadikan hiasan
Sebagai tatapan tika sepi menyelubungi
Tika hiba bertandang kembali
Tika kesedihan datang lagi
Kecekalanmu menawan diri
Bijak meleraikan masalah dengan teliti
Tanpa melukai sebarang hati

Bukan namamu yang aku kejar, sayang
Bukan parasmu yang aku minati
Bukan darjat yang aku dambakan
kerana walau sesaga hartamu
cintaku tak mungkin goyah
tak mungkin terlerai
tak mungkin terorak hatiku untuk yang lain

Namun, sampai di sini sayangku
Haluan kita tampak berbeza
Walau hati kata sama
Hakikatnya memang nyata
Bukan kau ku kata cinta
Cinta kita tanpa syurah

Usah menopang kepergianku
Kerana aku akan kembali
Membawa hati yang suci
Hanya untukmu kekasih hati

Keistimewaanku Bersamamu

(bait-bait kata di dalam sajak ini pernah digunakan sebagai lirik lagu dikir barat persembahan Ayunan Dewi- Dikir Barat Maktab Rendah Tampines)

Bila-bila kau kata sayang
Hatiku Melayang
Jiwaku jadi tak tenang
Mindaku bersarang

Apakah yang terjadi?
Adakah ku bermimpi?
Ternyata sebuah realiti
yang nyata, tepat dan pasti

Teman menjadi istimewa
Sapaan menjadi gurauan
Khabar menjadi rindu
Persahabatan menjadi percintaan

Jari di bibir
Mulut dikunci
Hati diselimuti
Perasaan diselubungi

Cinta antara kita
Biar dirahsia
kerana akhirnya
kenikmatan cinta
hanya kita yang rasa

Pelangi Hatiku

Pelangi tiba lagi
yang bercahaya namun payah ditakluki
memang cukup menghiburkan hati
mengukir senyuman di bibir

Tika ku menatapmu
hadir perasaan pilu
Jika kau meninggalkanku
Apakah mungkin berlaku

Aku pasrah
Ake berserah
Pada tuhan yang Maha Esa
Menghulurkan doa
agar kau sentiasa menemani jiwa

Jasadku tak pernah kau sentuh
Rambutku tak pernah kau belai
Pipiku tak pernah kau cium
Namun jiwaku telah kau godai
kerana engkau, pelangi
telah dinobat, kekasih hati

Thursday, July 19, 2012

Itu Bukan Caraku

 itu bukan caraku,
Meletakkan senjata sebelum berperang,
Mengatakan tidak sebelum berjuang,

Itu bukan caraku,
Hadirnya Sekelumit putus harapan
Menuju terus ke hujung titian

 

Aku dengan caraku
Diselimuti kekuatan dari Azzawajala
Berperdukan ajaran Rasulullah
Tidak mungkin aku, berputus asa.